Saturday, May 14, 2011

NUKILAN KU~

INAPDESA

Inapdesa
Bagai sebuah tayangan
Mengimbau lampau
Suara latar si burung
Menatari lakonan
Kehijauannya menyinar atma

Inapdesa
Jalan keluar kecelaruan kota hati
Memandu sanubari ke jalan kedamaian

Inapdesa
Tiada yang mencakar langit
Tiada kesesakan di jalan
Tiada jua penghapus damai

Inapdesa
Tempat tuju si pencari damai
Lantaran pesona lakonan
Menghambat damai di hati





KASIH DAN CINTA

Teman hati,kekasih hati
Teman,
Bukan dinilai pada setianya
Tapi diukur  tinggi ikhlasnya
Kekasih
Pantang diri diduakan
Kerna cinta kata setia

Teman hati                                                                 
Biar menjadi penumpangnya                                         
Biar menjadi pengikutnya
Yang akan bersama menempuh ombak
Bersama kasih nilai ikhlasnya

Kekasih hati
Dialah nakhodanya
Ombak mendatang dia sendiri
Badai menyapa tetap sendiri
Kerna cinta kata setia

Dalam kecelaruan kota hati
Pasti teman jadi surinya
Kerna kekasih andai terpisah
Tiada lagi kaitannya
Namun teman hati
Walau beribu batu jasad terpisah
Teman tetap jadi surinya

~
sebarang komen dialua-alukan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong betulkan

Friday, April 15, 2011

Kerana Cinta

Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta 
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta 
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula 
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan.


PRESENTING YOU!!!! :
KLIK LA~

Friday, April 1, 2011

apa ada dalam APRIL?

apa ada dalam bulan APRIL?
APRIL FOOL?
nonsense!!
tahukah kita apa itu april fool?
adakah kita hanya melakukan sesuatu hanya
kerana ikutan budaya semata-mata?
adakah ini yang dinamakan trendy?
trend of life?
up to date?
padahal kita tidak mempunyai pengetahuan tentang 
perkara itu
SELURUH UMAT ISLAM SEPANYOL 
disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada,Sepanyol.
Inilah peristiwa pada tanggal 1 APRIL
yang kini diperingati dunia sebagai 
THE APRILS FOOL DAY
dan sebagai seorang MUSLIM wajarkah kita meraikan kematian
saudara2  seagama kita?
fikirlah,,,
renungkanlah,,,
bertaubatlah,,,
astarfiruallahal'azim~
##########################################
APRIL=ORAL HEALTH MONTH
yeah right!!!
bulan kesihatan mulut Colgate
program ini merupakan anjuran COLGATE dengan
sokongan Persatuan Pergigian Malaysia 
sepanjang bulan APRIL ini~
kempem ini bermatlamatkan:
'Misi Kami:Kaviti Sifar'
#9 daripada 10 orang Malaysia mengalami masalah kaviti#
banyak tu,,,
the only one yang tak infected must be the
loyal patient of dentist~
maka,sempena ORAL HEALTH MONTH ni
jangan lepaskan peluang utk mendapatkan rawatan percuma
di klinik2 yang menawarkannya
contoh di Melaka:
1) KLINIK PERGIGIAN MAWAR SDN.BHD.NO.14A JALAN CEMPAKA 1,TAMAN SERI CEMPAKA PERINGGIT
2) KLINIK PERGIGIAN IMPIAN,1ST FLOOR,JALAN PMS 1,PLAZA MELAKA SENTRAL
dan ada lagi beberapa kilinik di MELAKA yang terlibat
dan juga klinik2 pergigian di negeri lain
untuk maklumat lanjut:


ok la,
sekadar itu shj perkongsian
buat masa ini
till see you then
wasalam~


Wednesday, March 16, 2011

world BOOK day

alhamdulillah
diberi ruang+ kesempatan
untuk menambah input
**********************

WORLD BOOK DAY

nak berkongsi kepada mereka2
yang juga seperti diriku
yang tidak mengetahui akan
kewujudan
sebenar
WORLD BOOK DAY
hihihi
tak pe la
alhamdulillah da tau da
maybe next time
boleh join insyallah
nak maklumat lanjut boleh la
ke:


haaa!!!
tapi ada lagi smthg
yang tak patut dilepaskan

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
22 APRIL-1 MEI 2011
PWTC,KL

don't miss!!!
insyallah
jumpa di sana
insyallah

ok setakat itu je
till see u then
daaaaaaa
wasalam,

KENAPA NAK JADI DOKTOR?????

pelajar sekarang
kalau kita tanya memang ramai yang 
cita2nya nak jadi doc.


dalam satu class
about 24 student
almost 10 student
wishing to be in medic school
right?
yeah
right!!!
tapi kenapa???
untuk itu mari sama2
kita renungkan
buat diriku jua~

check this out:

Tuesday, March 15, 2011

love CHILD around!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

 



EVEN THEIR TEARS sometimes MAKE WE CHEER!!!!!!!!!!!!!!!! 

love
love
love
child
around
**********
hihihiii
mesti semua orang sokong bahawa kanak2
menyeronokkan
sebagai
teman
rakan
sahabat
kan???
tak kisahlah teman main
teman bila takut
teman bila bosan
bla bla~
iya la
percaya je
cuba tenggok gambar2 ni
cuba bayangkan
yang comel2 tu tak ada
dalam gambar ni
isy!!!
tak kena!!!
one happy family~
sememangnya mereka anugerah ALLAH
yang tidak ternilai
tapi ada juga yang sudah tidak
reti untuk menghargai
sangat rugi!!!!!
let's feel the joy!!!!

their joy = our joy






Saturday, March 12, 2011

HONSHU,JEPUN

 gempa bumi kuat pada magnitud 8.9 pada tengah 
hari Jumaat lepas yang menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan 
timur laut Jepun, mengakibatkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dalam bencana~

Sejarah berulang?Kalau kita lihat apa yang berlaku di Fukushima,Jepun ketika ini ia seakan sama  dengan peristiwa yang berlaku di Chernobyl,Ukraine.Bencana Chernobyl merupakan kemalangan nuklear yang berlaku pada 26 April 1986.Malah ia juga dikatakan kemalangan penjana nuklear elektrik yang paling teruk dalam sejarah.
Jom kita tengok sedikit sedutan keadaan di Jepun selepas tsunami setinngi 10 meter menyapa.




SUBHANALLAH,MASYALLAH,ALLAHU AKBAR

Sememangnya kuasa ALLAH MAHA BESAR.Moga pintu hati terketuk untuk mengingati hari perhitungan yang pasti~

************************************************************************************************
Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Honshu,Jepun.Jom kita tengok sikit pasal Honshu ni:

Honshu merupakan pulau terbesar Jepun yang dikenali sebagai Mainland.Ia merupakan pulau ketujuh terbesar dan pulau kedua paling populor di dunia selepas Pulau Jawa,Indonesia.

Pulau ini kira-kira 1,300 kilometer panjang, dan mempunyai kelebaran tertinggi sepanjang 230 kilometer. Keluasan pulau in ialah 230,500 kilometer persegi, kira-kira 60% jumlah keluasan seluruh negara Jepun.
Honshu,Jepun
Pulau ini juga merupakan kawasan pertanian penting.Niigata merupakan pengeluar beras terpenting.Dataran Nobi dan Kanto merupakan pengeluar beras dan sayur-sayuran.Yamanashi pula merupakan daerah utama pengeluar buah-buahan dan Aomori sangat populor dengan epalnya.


 
Designed by Lena