Saturday, March 12, 2011

HONSHU,JEPUN

 gempa bumi kuat pada magnitud 8.9 pada tengah 
hari Jumaat lepas yang menyebabkan tsunami setinggi 10 meter melanda kawasan 
timur laut Jepun, mengakibatkan kira-kira 1,300 orang terbunuh dalam bencana~

Sejarah berulang?Kalau kita lihat apa yang berlaku di Fukushima,Jepun ketika ini ia seakan sama  dengan peristiwa yang berlaku di Chernobyl,Ukraine.Bencana Chernobyl merupakan kemalangan nuklear yang berlaku pada 26 April 1986.Malah ia juga dikatakan kemalangan penjana nuklear elektrik yang paling teruk dalam sejarah.
Jom kita tengok sedikit sedutan keadaan di Jepun selepas tsunami setinngi 10 meter menyapa.




SUBHANALLAH,MASYALLAH,ALLAHU AKBAR

Sememangnya kuasa ALLAH MAHA BESAR.Moga pintu hati terketuk untuk mengingati hari perhitungan yang pasti~

************************************************************************************************
Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Honshu,Jepun.Jom kita tengok sikit pasal Honshu ni:

Honshu merupakan pulau terbesar Jepun yang dikenali sebagai Mainland.Ia merupakan pulau ketujuh terbesar dan pulau kedua paling populor di dunia selepas Pulau Jawa,Indonesia.

Pulau ini kira-kira 1,300 kilometer panjang, dan mempunyai kelebaran tertinggi sepanjang 230 kilometer. Keluasan pulau in ialah 230,500 kilometer persegi, kira-kira 60% jumlah keluasan seluruh negara Jepun.
Honshu,Jepun
Pulau ini juga merupakan kawasan pertanian penting.Niigata merupakan pengeluar beras terpenting.Dataran Nobi dan Kanto merupakan pengeluar beras dan sayur-sayuran.Yamanashi pula merupakan daerah utama pengeluar buah-buahan dan Aomori sangat populor dengan epalnya.


No comments:

 
Designed by Lena