Monday, December 6, 2010



Setiap insan yang lahir dan menyusuri jalan kehidupan ini pasti ada bersama membawa harapan.Harapan yang sentiasa kita jadikan penguat semangat dalam menghadapi liku-liku semasa mengharungi kehidupan ini.Namun,setiap harapan itu pasti akan disusuli bersama dugaan-dugaan yang memerlukan kita agar teguh bersama harapan yang dibina.Kita tidak menyedari,dalam kita merancang perjalanan menuju destinasi harapan,bukan hanya kita seorang yang berjalan.Kerna,kita sebenarnya sentiasa bersama Dia Yang Maha Memiliki.Setiap apa yang kita harapkan,setiap apa yang kita impikan adalah milikNya.Maka, dalam kita membina harapan janganlah kita lupa kepada Dia Yang Maha Mencipta.Kerna sesungguhnya jika benar kejayaan yang dicipta adalah milik kita maka bersyukurlah kepadaNya.Andai tiada kejayaan mahupun harapan yang kita temui, teruslah berusaha serta memohon pertolongan  dariNya.Kerna yakinlah bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang.Meskipun perancangan kita kelihatan sempurna namun perancangan yang dirancanganNya adalah yang terbaik.Oleh itu,percayalah bahawa di hadapan sana ada kejayaan yang lebih baik menantimu.Insyallah.....

No comments:

 
Designed by Lena